SERTAI KAMI UNTUK MENENTANG DURAS 

DARI BERMAHARAJALELA DI SEKOLAH ANDA
AYUHH !!! KITA HAPUSKAN DURAS !!!

latar belakang 

Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III Perak: Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna dalam kalangan Warga Sekolah adalah kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan juga negeri Kedah pada Fasa I dan Fasa II pelaksanaan.

Pelaksanaan program ini melibatkan sebanyak 125 buah sekolah menengah terpilih di negeri Perak dan dijangka akan mengambil tempoh masa pelaksanaan selama 2 tahun.

Pada akhir program, 5 buah sekolah akan diiktiraf sebagai Sekolah Tunas Hijau berdasarkan pencapaian yang telah dicapai dan sekolah – sekolah tersebut akan menjadi sekolah model bagi ikutan sekolah – sekolah lain dalam pengurusan sisa plastik dan plastik sekali guna.